• Anak 5–7 tahun
  • Sekolah buka 4 Jan 2027 · — hari lagi
  • 11 game

Sedia ke Tahun 1, 5–10 minit sehari.

Membaca, menulis, nombor, Hijaiyah dan Jawi dalam satu app. Anak-anak main, anda nampak kemajuannya.

Cuba app percuma 1 misi sehari, percuma · Daftar: Premium 7 hari percuma · Tak perlu kad kredit Belum pasti? Semak tahap anak-anak dulu (5 minit, tak perlu daftar)
Pilih jawapan

Hebat, 3 daripada 3!

Itu baru 3 soalan. Dalam app ada 288 kemahiran, disusun ikut tahap anak-anak.

Cuba app percuma
Game baharu11

game untuk belajar sambil main: lompat, pancing, susun dan sambung

Kemahiran288

dari huruf vokal ke tambah & tolak

Tahap36

dalam 5 pulau

ڤpahuruf tambahan Jawi
چcahuruf tambahan Jawi
ڠngahuruf tambahan Jawi
ݢgahuruf tambahan Jawi
ۏvahuruf tambahan Jawi
Huruf Jawi37

ikut ejaan DBP

Contoh laporan
Contoh laporan Semakan Kesediaan: Kenal Huruf aras Buat, Suku Kata aras Faham, Baca Perkataan aras Tahu, Huruf Jawi belum mula
Semakan Kesediaan · percuma

Tahu tahap anak-anak dalam 5 minit.

18 soalan ringkas. Anda terus dapat laporan ikut aras Tahu, Faham dan Buat, bahasa penilaian Tahun 1 dalam KP2027.

  • Membaca, nombor, Hijaiyah dan Jawi
  • 3 perkara untuk dilatih dahulu
  • Tak perlu daftar, keputusan disimpan dalam telefon anda
Buat semakan 5 minit

Pada sesi 2024/25, 27.2% murid Tahun 1 belum menguasai tahap asas literasi atau numerasi selepas 3 bulan (Bernama). Ini semakan ringkas di rumah, bukan ujian rasmi KPM.

Dalam app · 5–10 minit

Satu misi sehari. Anak-anak rasa macam main.

01

Misi hari ini

Mula dengan satu tekan. App pilih latihan ikut tahap anak-anak, dengan butang besar dan gambar jelas untuk jari kecil.

Laman utama: Si Tunas di taman dan Misi hari ini
02

Betul!

Si Tunas bersorak bila jawapan betul. Tersalah? Anak-anak cuba lagi, dan kali kedua jawapan yang betul bersinar.

Jawapan betul: Si Tunas bersorak, 3 betul berturut-turut
03

Misi selesai!

Dapat bintang, combo dan air untuk Pokok Ilmu, kemudian pilih satu pelekat baharu untuk album.

Skrin Misi selesai dengan bintang, combo dan air pokok
04

Taman Ilmu

Pokok membesar setiap hari anak-anak belajar, dan kawan haiwan datang menemani mereka.

Taman Ilmu dengan Pokok Ilmu dan kawan haiwan
Baharu · Pondok Main

Bukan sekadar pilih jawapan.

Anak-anak lompat, pancing, susun dan sambung sendiri. Setiap game melatih satu kemahiran asas Tahun 1, dan muncul terus dalam misi harian.

Rakaman sebenar dalam app

Game ada dalam misi harian, termasuk akaun percuma. Pondok Main: 1 game sehari secara percuma, tanpa had dengan Premium.

36 tahap · semua asas Tahun 1

5 pulau

ba

Membaca BM 13 tahap

Huruf, abjad, suku kata, perkataan. Cara yang ibu bapa Malaysia kenal.

Aa

Menulis 4 tahap

Surih huruf dan nombor dengan jari, dan tulis nama sendiri.

12

Nombor 10 tahap

Kira, kenal nombor hingga 100, banding, tambah dan tolak, mengelas, corak dan kitaran hidup.

ب

Hijaiyah 4 tahap

30 huruf dan baris atas, bawah, hadapan.

ڠ

Jawi 5 tahap

37 huruf termasuk 6 huruf khas, dan bentuk bersambung.

Untuk ibu bapa

Anda nampak apa yang dia dah kuasai.

Minit belajar, kadar jawapan betul, dan setiap kemahiran ikut aras Tahu, Faham, Buat. Bahagian ibu bapa dikunci dengan soalan sifir.

Contoh laporan

Laporan minggu ini

Hari dan minit belajar, kadar jawapan betul, kemahiran minggu ini dan satu aktiviti 5 minit untuk dibuat bersama malam ini.

0%0%kadar jawapan betul

Had minit sehari

Anda tetapkan had minit sehari. Bila cukup masa, Si Tunas ajak anak rehatkan mata.

Tak perlu muat turun

Buka dalam Chrome atau Safari, kemudian tambah ke skrin utama. Nampak dan rasa macam app biasa.

Bahagian ibu bapa berkunci

Anak-anak tak boleh masuk sendiri. Untuk buka, tahan butang 3 saat dan jawab satu soalan darab.

Harga

Mula percuma. Tiada tarikh tamat.

Percuma

Buka sekarang
RM0
Guna selagi anda mahu.
  • Daftar email: Premium 7 hari percuma dulu, tanpa kad
  • 1 misi sehari, kemajuan disimpan
  • Semua 5 pulau boleh dicuba
  • Pokok Ilmu, Taman Ilmu dan pelekat
  • Laporan ringkas, 1 profil anak
Cuba app percuma

Premium

Dibuka

Pilih subjek untuk anak anda. Harga ikut bilangan subjek.

1 subjeksebulan · 30 hari
RM20

1 subjekRM20
2 subjekRM35
3 subjekRM45
  • Belajar tanpa had misi harian
  • Laporan penguasaan penuh
  • Helaian surih boleh cetak
  • Sehingga 4 anak dan 3 peranti
  • Bayar dengan FPX atau DuitNow QR, tiada caj automatik
Langgan 1 subjek · RM20
Lihat harga jika tambah Math atau Sains
BulananTahunan
Persediaan Tahun 1RM20RM120
+ Math atau SainsRM35RM210
+ Math dan SainsRM45RM270

Math dan Sains (untuk anak Tahun 4–6) dilanggan berasingan. Premium dibayar dengan FPX atau DuitNow QR untuk 30 atau 365 hari, tiada caj automatik. Bila tamat, akaun kembali percuma dan kemajuan kekal. Bayaran Premium pertama dilindungi jaminan 7 hari.

Soalan lazim

Yang ibu bapa selalu tanya

Betul ke percuma?

Ya. Akaun percuma tiada tarikh tamat: 1 misi sehari untuk 1 anak, dan kemajuan disimpan. Tak perlu kad kredit. Bila anda daftar dengan email, akaun baharu dapat Premium penuh 7 hari, percuma (semua subjek, sehingga 4 anak). Selepas 7 hari, akaun kekal percuma dan kemajuan kekal. Tiada caj automatik. Premium hanya untuk yang mahu belajar tanpa had misi harian.

Ikut silibus sekolah ke?

Kandungan disusun ikut asas literasi dan numerasi prasekolah dan Tahap I, dengan ejaan Jawi ikut rujukan DBP. Tunas Cerdik dibangunkan secara bebas dan tidak berkaitan dengan KPM.

Anak saya belum kenal huruf langsung?

Tak apa. Semakan Kesediaan tentukan titik mula, dan latihan ikut prestasi anak-anak. Untuk anak yang belum membaca, temankan dia pada beberapa sesi pertama.

Nanti anak-anak main game sahaja, tak belajar?

Setiap game ialah latihan kemahiran: tambah dan tolak, suku kata, huruf besar dan kecil, corak, mengelas dan kitaran hidup. Dalam misi harian, game diselitkan antara soalan biasa (paling banyak 2 setiap misi), dan kemajuannya masuk laporan ibu bapa seperti soalan lain.

Soalan lain? Lihat Bantuan, atau email [email protected].

Mula hari ini, percuma.

— hari sebelum sekolah buka. 5–10 minit sehari dah cukup untuk mula.

atau buat semakan 5 minit dulu