Bantuan
Jawapan ringkas untuk masalah biasa. Masih tersekat? Email kami.
Tonton: cara guna dalam 30 saat
Tambah ke skrin utama
Buka app sekali dalam browser, kemudian tambah ke skrin utama supaya nampak dan dibuka macam app biasa.
Alamat app: Sedia Tahun 1 di /app/, Math & Sains di /math-sains/app/.
iPhone / iPad (Safari)
- Buka alamat app dalam Safari.
- Tekan butang Kongsi (petak dengan anak panah ke atas).
- Skrol ke bawah dan pilih Add to Home Screen (Tambah ke Skrin Utama).
- Tekan Add. Ikon Tunas Cerdik muncul di skrin utama.
Android (Chrome)
- Buka alamat app dalam Chrome.
- Tekan di penjuru kanan atas.
- Pilih Add to Home screen atau Install app.
- Tekan Add atau Install.
Selepas buka dari ikon, anda mungkin perlu log masuk sekali lagi. Ini normal, terutama di iPhone.
Tiada bunyi?
- Naikkan volume telefon atau tablet.
- Jika perlu, tutup mod senyap (iPhone: suis atau butang di tepi telefon; Android: tukar ke mod bunyi).
- Semak telefon tidak bersambung ke fon kepala atau pembesar suara Bluetooth lain.
- Tutup app dan buka semula, atau muat semula halaman.
- Masih senyap? Email kami dengan jenama dan model telefon anda.
Kod log masuk tak sampai?
- Tunggu 1 minit. Kadang-kadang email lambat sedikit.
- Semak folder Spam, Promotions atau Updates.
- Pastikan anda guna email pembelian (email yang diisi semasa bayar), dan ejaannya betul.
- Cuba minta kod sekali lagi selepas 1 minit. Elak tekan berulang kali.
- Masih tiada? Email kami dari email pembelian anda.
Minta refund
Jaminan 7 hari wang dikembalikan, tanpa soal. Email kami dalam masa 7 hari dari tarikh pembelian, dari email pembelian (atau nyatakan email itu). Wang dipulangkan penuh ke akaun asal atau melalui pindahan bank dalam masa 7 hari bekerja, dan akses app bagi pembelian itu ditamatkan.
Beli pakej (2 atau 3 app)? Refund boleh untuk keseluruhan pesanan. Butiran penuh dalam Terma & Polisi Pemulangan.
Hubungi kami
Email: [email protected]